tentang kami
selamat datang ke cocokins
Cocokins ialah sebuah syarikat Bumiputera yang memberi fokus kepada membekalkan dan mempromosi pelbagai jenis biskut yang membabitkan pemprosesan, pembungkusan, dan pembekalan. Pihak kami juga turut terlibat dengan promosi, pemasaran dan tempahan.Dengan pengalaman lebih 8 tahun syarikat dalam pemprosesan biskut berserta pengalaman bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan dari syarikat swasta dan awam terkemuka seperti MAIWP, AEON, Hospital Kerajaan, DBKL dan memperoleh rekod dan pencapaian yang baik, pihak kami yakin dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan semua pelanggan.
Misi kami
Misi kami adalah untuk mengembangkan dan menyokong usahawan dengan menyediakan produk berkualiti tinggi yang memenuhi standard tertinggi. Kami berkomitmen untuk memudahkan kejayaan mereka di pasaran dengan memastikan setiap produk yang kami tawarkan adalah inovatif, berdaya saing, dan memberikan nilai tambah yang signifikan.

Video can’t be displayed
This video is not available.